20 June 2014

Erti

Assalamualaikum.

Credit to : Encik Google

Based on picture above, which one is yours? It is Architect / Lawyer / Doctor / Designer / others else ?

'Kita hanya mampu merancang. Tiada sesiapa yang mampu menandingi kuasaNya. Kan? ;)' 

I choose lawyer.

Salah satu sebab saya pilih kerjaya sebagai lawyer, minat. Yes, minat. Jauh tersasar daripada adik beradik yang lain.

Memang tidak dinafikan di luar sana, banyak rumors pasal lawyer. Contoh :-

'Eh. Kerja sebagai lawyer cuma buat dosa je. Iyalah sebab kalau bela orang yang memang bersalah dan menang, penjenayah itu dibebaskan. Impaknya, jenayah akan makin berleluasa.'

'Kerja sebagai lawyer hanya menempah tiket ke neraka.'

'Jadi lawyer nih sebelah kaki masuk neraka.'

Mohon sangat sangat ubah persepsi anda tentang kerjaya sebagai lawyer ni. Kerjaya apa pun bila kita buat dan tidak dapat keredhaan daripada Allah, sia-sia jugak.

Sedikit demi sedikit saya belajar tentang sistem perlembagaan negara kita, undang-undang jenayah civil mahupun Islamic. At least, boleh tahu apa kekurangan dan kelebihan kedua-duanya. Compare and contrast.




Mungkin link di atas boleh membantu.

Take a deep breath for a while.

________________________________________________________________________________

 Flashback 

Tengah tengah packing barang, tetiba roomate tanye :-

[Loghat Besut - kind of mixed Kelantan + Terengganu]


'Ore napok irah ni busy sokmo. Dok lekak doh dale bilik.'

'Hehehe. Maap ye cik thirah. Lately memang busy sikit dengan assignment lagi tuto lagi exam lagi.'

'Hmm. Payoh ngak ke blajo law nih? Ore napok budok course lain rilek gok sbb nok dekat final doh ni.'

'Nok wak guane. Maybe kami budak law suke buat kije last minute. Hehehe.

'Hahaha. Ore pung samolah. Macam dok biase je buak kije last minute.'

'Cehhh. Ye lahh tuhh.'

'Dok caye ke? Haha. Dok irah amik law ni dengan rela ke terpakse ke guane?'

'Mula mula dok caye gok lah nok amik law nih sebab sejarah ting tong skit. Hehehe. Tapi lepas result SPM aritu, ayh kabo mitok law. Irah mikir nok amik akaun. Pastu isilah upu, tige teratas law and selebihnye akaun. Tup tup dapat law kat sini. Hahaha. Cannot believe it because dekat je kot nge umoh. But so far alhamdulillah sangat duk dekat nge family sebab ase kalu duk jauh memang pengaruh byk skit ah. Hahaha.'

'Ore pung rase gitu gok. Mujo lah buleh ganu je. Ma ore pung risau gok kalu blajo jauh jauh.'

'Blajo punye blajo, rase in love lok nge course law nih. Hehehe. Memang dok nafi ah banyok kne blajo gune akta lah salin notes lah sebab lecturer memang dok bagi notes untuk sesetengah lecture.'

'Same lahh. Mula mula dok wape nok gi lah nge arab nih. Tapi lame lame best.'

'Awok tuh blajo bahase Al Quran. Mesti best. Hehehe.'

'Best tu best lah. Tapi time exam parok ah. Hahaha.'



Memang tidak dinafikan kami sebagai student law memang agak sibuk. Sebab apa? Sebabnya, contoh hari Ahad kami dapat soalan tutorial dan lecturer mintak present hari Selasa. Memang sesak nafas jugak lah. Bukan satu tutorial je untuk satu minggu. Kadang kadang 2 atau 3. Itu tidak dicampur lagi dengan assignment, kuiz.

'Allah tidak memberati manusia, melainkan sekadar tenaganya ... [Surah Al-Baqarah : 286 ].'

Teringat ayat ini dan kerana inilah diri ini masih bertahan sampai sekarang. Sokongan yang tak henti-henti daripada sahabat dan juga family banyak membantu.




4 March 2014

Think Positive

Assalamualaikum.

We cannot jugde the person based on their physical

Mintak maaf sebab 'MIA' for long time. Busy sikit dengan sem baru. Tapi sebusy mana kita pun, masih ada masa untuk menghadap Pencipta. Alhamdulillah.

Susah dan teramat susah. Lagi lama pendam sesuatu perkara, lagi susah. Lagi merana. [Ingatkan dulu dah selesai. Rupa-rupanya belum]

Lagi parah daripada sebelumnya. Bila dah tersebar macam ni, siapa yang tanggung malu? Orang yang menyebarkan ke orang yang disebarkan. Fikir-fikirkan lah. Untuk kebaikan semua jugak. Bukan untuk diri sendiri je.

Bila dah jadi 'famous' macam ni, tak rasa ke semua orang pandang serong? Ke memang tiada perasaan?

Harap mengerti apa yang akan terjadi. Impaknya bukan kepada orang yang menyebarkan tetapi kepada orang yang disebarkan.

Sebaik-baiknya, dengar pendapat daripada dua belah pihak. Itulah yang terbaik. Barulah boleh tentukan siapa yang betul siapa yang salah.

Diharapkan mengerti apa yang dimaksudkan.

p/s : Famous dimata manusia itu bahaya kerana boleh mendatangkan riak. Manakala famous pada Allah itu adalah yang terbaik.

Maaf segala kesilapan. Saya jugak manusia biase tak lari daripada kesilapan. Andai saya ada terguris hati kalian, minta diampunkan.

Sekian.

9 February 2014

Kehilangan

Assalamualaikum.



Credit to : Encik Google

' Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan balasan bagimu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya, dia memperoleh kemenangan. Ingatlah kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. ' [Surah Al-Imran : 185]  


Kematian. Satu perkataan yang agak familiar dengan kehidupan kita.

Kematian. Tidak boleh dielakkan meskipun kita tidak bersedia lagi.

Kematian. Tidak mengenal usia. Tidak kira kanak-kanak mahupun orang tua.


' Sesungguhnya semua itu adalah milik Allah dan akan kembali kepada-Nya. '


Flashback 

* 1 new message. From Ummi. *

Ummi : Salam. Ki telah kembali ke rahmatullah pukul 4 pagi tadi.

Terduduk sebentar. Patutlah datang perasaan yang kurang enak semalam. Allahu. 


Al-Fatihah.


' Jangan disebabkan kamu sudah ada keluarga sendiri, kamu mengabaikan orang tua kamu. Menyesal kemudian tiada guna. '





29 January 2014

Semangat

Assalamualaikum.

Setelah result final exam sem lepas keluar, adalah seorang hamba Allah menanyakan pendapat :-

'Nak tanya pendapat hang sikit boleh tak?'

'Tanyalah. InsyaAllah kalau boleh jawab, aku jawab.'

'Takpe. Betul ke tak aku yang tentukan. Hang rasa dengan pointer aku tu, okay tak aku continue as an exco ____? Maksudnya, patut tak aku join semua tu?'

'Okay. Kalau hang rasa boleh go on, continue sajalah. Hang kena yakin yang hang terpilih untuk exco tu sebab Allah tahu hang mampu nak handle semua tu. Cuba fikir. Kalau jawatan tu dibagikan kepada orang yang tak selayaknya / sepatutnya, tak ke susah? Lainlah jadinya. Hang pernah cakap aritu masa perjumpaan ramai-ramai dengan senior yang kita sama-sama akan tolong satu sama lain. So, kalau hang rasa terbeban dengan memegang jawatan exco ni dan boleh menyebabkan pointer jatuh, don't take risk. Let go jelah jawatan tu. Tapi nasihat aku, sebaik-baiknya cubalah dahulu. Cuba balancekan study dengan jawatan yang hang pegang. Hang pun tahu yang sem depan ni, kita akan belajar banyak subjek. Killer subjects. :3 Tapi, menurut akulah, hang patut pegang jawatan tu, jangan lepaskan. Hang tak tahu lagi macam mana rasanya. Sebab sem depan nilah kita akan adakan aktiviti semua tu. Pasai pointer, sem ni mungkin hang rasa pointer hang rendah, tapi bersyukurlah. Sebab ada lagi orang yang pointer rendah daripada hang. Keep it up for next sem. Struggle dari awal. Tak paham, terus tanya lecturer.'

'Apa-apa pun, terima kasih atas pendapat hang tu. Aku akan fikir habis-habis.'

'Fikir dulu. Jangan tolak mentah-mentah jawatan tu. Bukan senang nak dapat tu. But, you deserved get what the best for you.'

'Okay. InsyaAllah. Aku akan cuba. Terima kasih banyak-banyak.'

' Innallaha Ma'ana : Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kami. [At-Taubah : 40] '

Ini sekadar perkongsian. Perkongsian yang insyaAllah memberi manfaat dan input kepada kita semua. Kerana pointer rendah, cuba untuk melepaskan jawatan yang diamanahkan. Bukan tidak boleh, tapi sebaiknya kita mencuba dahulu. Bak kata pepatah, 'Belum cuba, belum tahu.' Sama-sama tolong dalam pelajaran. Kita bukan nak diri kita seorang je yang berjaya. Mesti nak kawan-kawan kita berjaya sama kan? So, mulai hari ini, tajdid niat kita. Kita belajar kerana Allah, bukan kerana hanya ingin mendapat 4flat. Tolong kawan ketika mereka dalam kebuntuan. :)


Semangatlah. Jangan mudah berputus asa. ^^