22 May 2013

Hati.

Assalamualaikum.





Terima kasih kepada kak Aisyah Shakirah kerana sudi berkongsi video ini ke public. And first time saya tengok video ini dalam blog kawan baik saya, Adlina. Terima kasih kawan kerana sudi meng 'share' kan video yang memberi manfaat ini. :') And a grate thanks to iluvislam.com

Ya Allah. Bak kata kawan saya, sentap kejap. Hmm. Memang masa first saya tengok vid tu, tersentap yang amat.

#headshot #muhasabahdiri #AllahuRabbi

'Bimbinglah aku ke jalan-Mu, Ya Allah'

Satu video sahaja. Satu sahaja. Dengan satu video ini, semua yang memberi impak yang besar.

Teringat kata-kata Kak Ina :

'Jaga hati, jaga iman, jaga diri. Jaga betul-betul. Jangan biar orang sebarangan duduki hati awak tu. Jaga kemas-kemas. Elok-elok. Save for the right one je. Dekatkan diri awak kepada Allah. Dia Maha tahu segala-galanya. Ingat pesan kak ina ni. Take care. <3'

21 May 2013

Syukur

Assalamualaikum. =D

Kita sembahyang 5 waktu sehari. Dan kita juga selalu berdoa kepada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi kenapa susah sangat doa kita dimakbulkan?

Sedangkan Allah S.W.T berfirman :-

" Berdoalah pada-Ku, nescaya akan Ku makbulkan .... "

Mesti kita tertanya-tanya kenapa Allah tak makbulkan / susah nak makbulkan doa-doa kita kan?

Cuba kita reflect diri kita semula. :)

1) Pernahkah kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita? 

2) Kita asyik meminta pada Allah, tetapi adakah kita pernah mintak ampun daripada Allah?

3) Berapa kalikah kita mengucapkan perkataan 'syukur' dalam kehidupan seharian kita?

4) Pernah kita bangun malam semata-mata nak tunaikan solat sunat hajat, solat tahajjud, solat taubat? 

Kita cuma sanggup bangun tengah-tengah malam semata-mata nak tengok bola atau cerita-cerita best. Kalau difikirkan balik, kita sanggup buat semua tu tetapi tidak sanggup bangun tengah-tengah malam untuk beribadat kepada Allah. #Allahurabi #notetomyself

Apabila telah difikirkan kembali, mungkin ada. Yeah. Tu pun waktu zaman sekolah dulu. Tu pun masa tengah exam, masa nak dapat result, etc. Pabila dapat result cantik, gempak, ada tak buat sujud syukur? Hmm. *renung balik*

Hari-hari kita buat baik. Hari-hari kita tolong orang yang dalam kesusahan. Macam-macam lagilah. Tetapi, kenapa kita tak merasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan? Hati kita juga merasa kosong. Nothing. Nehi he. Zero error.

' Aku ikhlas ni. Amik la. ' - mulut berkata.
' Ikhlas ke? Orang bagi mujur. ' - hati berkata.

Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap lain, hati kata lain. Haaa. Macam mana tu?

Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan, nak orang puji, nakkan nama, nak bermegah, nak tunjuk-tunjuk. Itu dah dinamakan riak. So, kita riak dengan semua kebaikan yang kita lakukan. How can our heart become peaceful? Calm?

Bila kita dah berjaya, kita mula bermegah, menunjuk-nunjuk kepada orang ramai betapa 'berjaya' nya kita ni ha. Sampai kita lupa macam mana kita boleh sampai ke tahap ni. Sampai lupakan siapa yang 'sebenarnya' memberi kejayaan itu kepada kita.


'Alangkah tidak malunya kita... sedangkan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni.
Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.
Betapa Allah muliakan kejadian manusia.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.
Nabi Muhammad S.A.W, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda. Macam mana hati kita nak tenang?' - by iluvislam.


Wash your heart. Lembutkan hati awak semua. Mintak ampun daripada Allah. Tundukkan diri kepada-Nya. Sujud kepada-Nya. Dan bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. 

' Allah akan tarik bila-bila masa sahaja nikmat yang diberikan kalau kita tak bersyukur '

Allahuakhbar. :')