29 January 2014

Semangat

Assalamualaikum.

Setelah result final exam sem lepas keluar, adalah seorang hamba Allah menanyakan pendapat :-

'Nak tanya pendapat hang sikit boleh tak?'

'Tanyalah. InsyaAllah kalau boleh jawab, aku jawab.'

'Takpe. Betul ke tak aku yang tentukan. Hang rasa dengan pointer aku tu, okay tak aku continue as an exco ____? Maksudnya, patut tak aku join semua tu?'

'Okay. Kalau hang rasa boleh go on, continue sajalah. Hang kena yakin yang hang terpilih untuk exco tu sebab Allah tahu hang mampu nak handle semua tu. Cuba fikir. Kalau jawatan tu dibagikan kepada orang yang tak selayaknya / sepatutnya, tak ke susah? Lainlah jadinya. Hang pernah cakap aritu masa perjumpaan ramai-ramai dengan senior yang kita sama-sama akan tolong satu sama lain. So, kalau hang rasa terbeban dengan memegang jawatan exco ni dan boleh menyebabkan pointer jatuh, don't take risk. Let go jelah jawatan tu. Tapi nasihat aku, sebaik-baiknya cubalah dahulu. Cuba balancekan study dengan jawatan yang hang pegang. Hang pun tahu yang sem depan ni, kita akan belajar banyak subjek. Killer subjects. :3 Tapi, menurut akulah, hang patut pegang jawatan tu, jangan lepaskan. Hang tak tahu lagi macam mana rasanya. Sebab sem depan nilah kita akan adakan aktiviti semua tu. Pasai pointer, sem ni mungkin hang rasa pointer hang rendah, tapi bersyukurlah. Sebab ada lagi orang yang pointer rendah daripada hang. Keep it up for next sem. Struggle dari awal. Tak paham, terus tanya lecturer.'

'Apa-apa pun, terima kasih atas pendapat hang tu. Aku akan fikir habis-habis.'

'Fikir dulu. Jangan tolak mentah-mentah jawatan tu. Bukan senang nak dapat tu. But, you deserved get what the best for you.'

'Okay. InsyaAllah. Aku akan cuba. Terima kasih banyak-banyak.'

' Innallaha Ma'ana : Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kami. [At-Taubah : 40] '

Ini sekadar perkongsian. Perkongsian yang insyaAllah memberi manfaat dan input kepada kita semua. Kerana pointer rendah, cuba untuk melepaskan jawatan yang diamanahkan. Bukan tidak boleh, tapi sebaiknya kita mencuba dahulu. Bak kata pepatah, 'Belum cuba, belum tahu.' Sama-sama tolong dalam pelajaran. Kita bukan nak diri kita seorang je yang berjaya. Mesti nak kawan-kawan kita berjaya sama kan? So, mulai hari ini, tajdid niat kita. Kita belajar kerana Allah, bukan kerana hanya ingin mendapat 4flat. Tolong kawan ketika mereka dalam kebuntuan. :)


Semangatlah. Jangan mudah berputus asa. ^^